Product SKU: PREMIX-10193
Tepung Takoyaki
Tepung Takoyaki Premix adalah Tepung Khas Takoyaki yang mengandungi ramuan khusus untuk menghasilkan rasa Takoyaki yang lazat. Ia juga merupakan bahan utama pembuatan takoyaki yang berkualiti tinggi dan rasa yang benar-benar enak. 12pcs/1box Berat : 1.3Kg x 12 = 15.6kg
Bahan-bahan dan Resepi Membuat Takoyaki
Pernahkah anda makan takoyaki? Anda berminat untuk membuka perniagaan menjual takoyaki tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakannya? Tahniah! Anda telah mengunjungi website yang tepat dan dapat memberi maklumat yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan takoyaki. Masih tidak ramai yang mengusahakan perniagaan takoyaki, malah boleh dikatakan tidak ada lansung dijumpai di pekan kecil. Sebenarnya semakin kurang saingan jualan di sesuatu tempat atau bandar, semakin bagus prospek perniagaan tersebut. Bagi yang mahu membeli bahan takoyaki untuk dinikmati sendiri, anda juga boleh membeli dalam jumlah yang sedikit. Takoyaki adalah makanan istimewa dari Jepun. Ia berbentuk bulat dan comel, dan diperbuat daripada campuran tepung khas. Ia boleh ditambah dengan inti sotong, daging ayam, keju dan sosej. Ini merupakan cadangan inti alternative kepada sotong kurita kerana sotong kurita tidak berapa diminati oleh masyarakat . Topping takoyaki terdiri daripada mayonis, taburan katsuobushi dan nori. Rasanya sedap, unik serta berkhasiat.
Bahan-bahan Takoyaki
Di mana jua anda berada di Malaysia, jika anda mempunyai minat untuk berniaga takoyaki, anda dapat memperolehi bahan untuk membuatnya di sini. Buat masa ini, takoyaki kebanyakannya hanya boleh didapati di kawasan bandar besar sahaja kerana bahan asas untuk membuatnya agak mahal dan para peniaga takoyaki beroperasi secara francais yang diwajibkan membayar yuran perniagaan yang boleh mencapai ribuan ringgit. setahun. Takoyaki boleh dijual di mana sahaja kerana bahan ini dijual dengan harga yang murah dan yuran perniagaan juga tidak dikenakan untuk penjualan bahan takoyaki.
Premix Takoyaki 1.3kg
1.3kg premix boleh menghasilkan takoyaki yang sedap dengan rasa istimewa dari Jepun.
Sos Takoyaki Sweet & Sour
Bungkusan bahan takoyaki ini disertakan dengan sos takoyaki yang secukupnya untuk takoyaki yang anda buat. Sos yang diimport biasanya berjenama bulldog/tonkatsu yang mengandungi alkohol dan minyak tidak halal. Sos takoyaki sudah banyak digunakan oleh para peniaga takoyaki di seluruh negara dan rasanya dijamin sedap dan boleh diterima oleh masyarakat tempatan.
Taburan Katsuobushi Takoyaki
Katsuobushi halal diperbuat daripada ikan tuna atau ikan bonito yang dihiris nipis. Rupanya seperti kepingan-kepingan amat nipis menyerupai hampas kayu yang diketam. Katsuobushi ini sangat unik kerana ia nampak menarik apabila ditabur di atas takoyaki panas yang telah anda buat.
Serbuk Rumpai Laut Aonori
Aonori atau serbuk rumpai laut adalah pelengkap takoyaki kerana ia memberi rasa istimewa serta kaya dengan zat. Tuang mayonis yang disertakan dalam bungkusan bahan ke atas takoyaki yang telah anda buat. Jadi, di mana sahaja anda berada, anda boleh membeli bahan takoyaki yang rasanya seperti takoyaki Jepun, tetapi halal. Resepi takoyaki amat mudah, seperti di bawah:
Resepi Takoyaki Mudah
Langkah-langkah penyediaannya disertakan dalam paket bahan takoyaki yang anda beli. Cara penyediaan yang mudah untuk hasil yang sedap adalah seperti berikut: 1 bungkus tepung takoyaki 1.3kg 1000 ml air 10 biji telur 25 gram kobis dihiris halus dan sedikit daun bawang jika suka Cara membuat takoyaki di bawah memerlukan mesin/dapur takoyaki. Jika anda tidak punya acuan takoyaki maka anda boleh menggunakan kuali biasa atau kuali leper, dan hasilnya adalah okonomiyaki.
1. Campurkan 1 bungkus tepung takoyaki, 1 biji telur, 1000 ml air, kobis dan daun bawang. Gaul sehingga rata. Campuran ini dinamakan adunan takoyaki.
2. Gunakan api dapur yang kecil. Panaskan acuan takoyaki. Sapu minyak masak supaya takoyaki tidak melekat pada acuan. Sapu menggunakan berus kecil.
3. Tuang adunan takoyaki ke dalam lubang acuan, tetapi jangan tuang sehingga penuh. Isi setiap lubang dengan inti pilihan seperti sotong kurita merah yang dipotong dadu, sotong yang telah dimasak, daging ayam, potongan sosej atau keju. Biarkan ia masak sebentar sehingga tepi adunan mulai kering. Kemudian terbalikkan takoyaki satu persatu dengan mencucuk menggunakan chopstick. Tutup acuan sebentar sehingga takoyaki berwarna kecoklatan.
4. Anda boleh membalik-balikkan takoyaki menggunakan chopstick sehingga anda puas hati dengan hasil takoyaki yang keperangan, yang menunjukkan bahawa takoyaki anda telah masak. Masak sehingga kulit takoyaki menjadi keperangan kerana ianya lebih sedap berbanding dengan takoyaki yang kulitnya masih putih.
5. Keluarkan biji-biji takoyaki yang sudah masak menggunakan chopstick dan letakkan di atas piring sajian. Tuang sos takoyaki. Tabur dengan katsuobushi. Tuang mayonis. Yummy......
Selesailah langkah-langkah membuat takoyaki , sajian istimewa dari Jepun dan sedap dimakan panas-panas. Contoh di atas menggunakan inti daging yang terlebih dahulu dimasak. Takoyaki juga boleh disediakan menggunakan inti sorong kurita, sotong, ayam yang belum dimasak, dan caranya adalah seperti berikut:
Setelah anda melakukan langkah 2 resepi di atas, masukkan potongan sorong kurita yang telah direbus (sotong kurita segera) atau sotong mentah, daging ayam mentah atau seafood pilihan ke lubang acuan takoyaki. Kacau sebentar, kemudian tuangkan adonan takoyaki sehingga penuh. Kemudian teruskan dengan langkah 4 dan seterusnya, sehingga takoyaki anda siap.
Jenis-jenis mesin/dapur Takoyaki Kami menawarkan apa yang anda perlukan dalam perniagaan takoyaki. Mesin ini bersaiz sederhana. Mesin Takoyaki kami mempunyai model 2 plat pemanas atau 3 plat pemanas dengan kapasiti gas atau elektrik, setiap plat tersebut dapat menghasilkan 28 biji takoyaki berbentuk bulat. Mesin ini pasti memudahkan kerja anda. Jumlah takoyaki yang dihasilkan lebih banyak dibandingkan dengan mesin lain. Mesin ini berukuran sederhana dan mudah dibawa.
Takoyaki Machine 2 Plates 56 Holes (Electric) Takoyaki Machine 2 Plates 56 Holes (Gas)
Takoyaki Machine 3 Plate 84 Holes (Gas)
Takoyaki Machine 3 Plates 84 Holes (Electric)