Suka makan cotton candy? Snek ringan yang diperbuat dari gula ini sudah ada sejak zaman dahulu lagi. Bentuknya yang mirip seperti kapas yang lembut membuatkan siapa saja pasti menyukainya terutama kanak-kanak.
Cotton candy merupakan makanan yang dibuat dari pintalan gula yang dibakar terlebih dahulu. Makanan ini pertama kali diperkenalkan pada tahun 1904 oleh William Morrison dan John C. Wharton di St. Louis World’s Fair dengan nama “Fairy Floss”.
Cotton candy dibuat dari gula yang diberi aneka warna. Pembuatan Cotton candy dilakukan dengan mesin. Gula dimasukkan ke dalamnya beserta pewarna makanan. Pemanas dekat tepian tray dapat mencairkan gulanya yang kemudian diputar melalui lubang-lubang kecil dan hasilnya dipadatkan oleh udara sehingga menghasilkan bentuk seakan pintalan kapas.
PAKEJ PERNIAGAAN COTTON CANDY
Mesin Cotton Candy x 1
Gula Cotton Candy x 2
Penyukat Gula x 1
Bunting Promosi x 1
Peralatan Perniagaan (Terma & Syarat)
Manual Penggunaan
Latihan Pengendalian Mesin
Kami bermatlamat menjadi penyedia peluang perniagaan makanan yang serba-boleh dan berkesan di negara ini. Rumusannya mudah, iaitu ingin membantu peniaga kecil & sederhana, pesara, graduan, bakal usahawan untuk memiliki dan mengendalikan perniagaan yang berjaya dan berkembang maju.
Jika anda ingin memulakan sesuatu perniagaan makanan, anda boleh memilih perkhidmatan yang kami tawarkan
Antara sebab mengapa anda perlu menjadi Rakan Niaga kami:-
1. Tiada yuran francais, mahupun bayaran royalti. Keuntungan bakal menjadi milik anda 100%
2. Pelbagai variasi produk makanan
3. Penambahan menu-menu baru makanan dari masa ke semasa
4. Modal perniagaan yang kecil, anda mampu untuk tidak berhutang untuk memulakan perniagaan sendiri
Kaedah Untuk Menjadi Rakan Niaga
Langkah 1. Mengenalpasti jenis perniagaan yang hendak dijalankan
Langkah 2. Membuat pembelian
Langkah 3. Perolehi kelengkapan dan bersedia untuk memulakan perniagaan
Nota:. Bagi rakan niaga yang tinggal di luar kawasan, perkhidmatan penghantaran turut disediakan. Anda juga akan dibekalkan dengan manual penggunaan peralatan serta manual panduan (untuk pakej terpilih).
Konsep Bisnes
Konsep 1: Kiosk Mudah-Alih
Konsep 2: Tambahan menu perniagaan sedia ada
Soal-Jawab
JUALAN
S Apakah rakan niaga dibolehkan menjual produk lain selain menu dari yang dicadangkan?
J : Boleh tanpa sebarang masalah
T: Apakah diperbolehkan menjual produk dengan harga yang berbeza dari dicadangkan?
J: Boleh tanpa sebarang masalah
PROSES PENGIRIMAN PRODUK & KELENGKAPAN PERNIAGAAN
S: Bagaimana proses pengiriman kelengkapan perniagaan kepada calon rakan niaga?
J: Kami memiliki beberapa alternatif pengiriman pakej perniagaan, iaitu menggunakan
- CityLink Express
- Pos Malaysia
S: Siapakah yang akan menanggung kos pengiriman kelengkapan perniagaan?
J: Untuk kos pengiriman ditanggung oleh rakan niaga sepenuhnya.
T: Berapa lama waktu yang diperlukan untuk proses pembuatan kiosk
J: Jika stok tersedia boleh terus dibawa pulang , tapi jika stok tiada, proses pembuatan dan penyediaan peralatan memerlukan jangka waktu 1 - 2 minggu.
LOKASI PERNIAGAAN
S: Apa kriteria bagi pemilihan lokasi perniagaan?
J:
- Strategik, dilalui kendaraan awam atau tempat yang menjadi tumpuan ramai
- Persekitaran lokasi yang bersih dan rapi, tidak terlalu dekat dengan tempat pembuangan sampah
- Keadaan & situasi yang aman
S: Lokasi yang sesuai?
J: Kafe, warung, restoran, berhampiran sekolah, kampus, di dalam shopping mall/ /plaza/bazar, pasar borong, food court, pusat pelancongan
BEKALAN BAHAN MENTAH
S: Jenis-jenis bahan mentah yang dibekalkan oleh syarikat?
J: Tepung premix, seasoning powder, jem dan beberapa lagi untuk produk takoyaki, waffle, popcorn, crepes dll
S: Bagaimana proses dan ditetapkan pebelian bahan mentah dan cara pengiriman bahan mentah?
J: Pembelian bahan mentah dapat dilakukan melalui cawangan syarikat berhampiran. Penghantaran akan dilakukan samada melalui lori atau syarikat kurier turut disediakan dengan caj penghantaran
Bahan mentah yang boleh dibeli sendiri oleh rakan niaga di tempat lain
S: Kos pengiriman bahan mentah ditanggung oleh siapa?
J: Untuk perbelanjaan pengiriman bahan mentah ditanggung bersama oleh rakan niaga
S: Bilakah tarikh luput produk bahan?
J: Bahan mentah memiliki tempoh ketahanan yang berbeza – beza:
· Tepung (dalam packing) - 6 bulan
· Aduan yang telah dicampur air siap proses, tahan sehingga 12 jam
· Jem topping - 1 tahun
:
Nota: Kaedah penyimpanannya harus bersesuaian dengan SOP
S: Bagaimana kaedah penyimpanan bahan mentah?
J: Untuk penyimpanan bahan mentah yang kering harus disimpan dalam suhu ruangan yang sejuk 23˚ - 28˚ dan tidak terkena cahaya matahari secara terus. Manakala bahan mentah cecair atau siap dibancuh harus disimpan di dalam chiller.
PEKERJA
S: Apakah pekerja disediakan oeh pihak syarikat atau rakan niaga?
J: Pekerja perlu disediakan oleh Rakan niaga.
S: Bagaimana standard jadual waktu kerja?
J: Setiap shift kerja selama 8 jam atau mengikut kesesuaian waktu operasi perniagaan.