Pakej Perniagaan Ice Blended
Product SKU 19962
Availability In Stock
Quantity
Description

Ice Blended atau Smoothie sememangnya antara minuman kegemaran seluruh rakyat mMalaysia. Percayalah antara faktor yang menyebabkan perniagaan ini relevan adalah kerana cuaca Malaysia yang panas sepanjang tahun. Anda tak perlu mengeluarkan modal yang besar atau mempunyai kepakaran tertentu yntuk membuat ice blended. Hanya kiosk yang simple sudah cukup memadai.

 

Salah satu keunikan dan kelebihan bisnes ice blended ini adalah ia boleh digabungkan dengan apa sahaja bisnes sampingan lain seperti waffle, ayam goreng, dan lain-lain lagi. Yang penting rasanya mesti SEDAP.

 

Kelengkapan Bisnes Ice Blended:

 

MESIN ICE BLENDED / SMOOTHIE BLENDER
Professional Smoothie Blender mampu menghasilkan smoothie yang lembut dan gebu dengan kisaran ais yang mantap . Di samping itu ia mempunyai isipadu untuk kisaran ais yang luas dan boleh memberikan hasil yang banyak dalam masa yang singkat.

 

Antara menu yang menjadi kegemaran ramai adalah:
Cokelat, Vanila, Strawberry, Coffee, dan pelbagai lagi.

 

CUP SEALER 
Cup sealer yang juga dikenali sebagai gelas minuman berjenama semakin banyak digunakan dalam penjualan makanan dan minuman di Malaysia. Banyak syarikat makanan serta minuman mula mengembangkan perniagaan dengan mempromosikan jenama mereka melalui bungkusan minuman yang tersendiri.

 

Kebanyakan produk minuman sudah menggunakan cup sealer dan jenis pilihan minuman yang dijual juga tidak terbatas kepada sejenis sahaja. Antara minuman yang mula menggunakan cup sealer adalah minuman soda, teh, jus, kopi dan banyak lagi jenis minuman yang lain.

 

PAKEJ PERNIAGAAN ICE BLENDED

Mesin Ice Blended 5200 x 1
Mesin Manual Cup Sealer x 1
Plastic Cup Sealer (Roll) x 1
Manual Penggunaan
Latihan Pengendalian Mesin

 

 

Kami bermatlamat menjadi penyedia peluang perniagaan makanan yang serba-boleh dan berkesan di negara ini. Rumusannya mudah, iaitu ingin membantu peniaga kecil & sederhana, pesara, graduan, bakal usahawan untuk memiliki dan mengendalikan perniagaan yang berjaya dan berkembang maju.

 

Jika anda ingin memulakan sesuatu perniagaan makanan, anda boleh memilih perkhidmatan yang kami tawarkan 

 

Antara sebab mengapa anda perlu menjadi Rakan Niaga kami:-

 

1. Tiada yuran francais, mahupun bayaran royalti. Keuntungan bakal menjadi milik anda 100%

2. Pelbagai variasi produk makanan

3. Penambahan menu-menu baru makanan dari masa ke semasa

4. Modal perniagaan yang kecil, anda mampu untuk tidak berhutang untuk memulakan perniagaan sendiri

 

Kaedah Untuk Menjadi Rakan Niaga

 

Langkah 1. Mengenalpasti jenis perniagaan yang hendak dijalankan

Langkah 2. Membuat pembelian

Langkah 3. Perolehi kelengkapan dan bersedia untuk memulakan perniagaan

 

Nota:. Bagi rakan niaga yang tinggal di luar kawasan, perkhidmatan penghantaran turut disediakan. Anda juga akan dibekalkan dengan manual penggunaan peralatan serta manual panduan (untuk pakej terpilih).

 

Konsep Bisnes

 

Konsep 1: Kiosk Mudah-Alih

Konsep 2: Tambahan menu perniagaan sedia ada

 

 

Soal-Jawab

JUALAN

 

S Apakah rakan niaga dibolehkan menjual produk lain selain menu dari yang dicadangkan? 

J : Boleh tanpa sebarang masalah

 

T: Apakah diperbolehkan menjual produk dengan harga yang berbeza dari dicadangkan?

J: Boleh tanpa sebarang masalah

 

PROSES PENGIRIMAN PRODUK & KELENGKAPAN PERNIAGAAN

 

S: Bagaimana proses pengiriman kelengkapan perniagaan kepada calon rakan niaga?

J: Kami memiliki beberapa alternatif pengiriman pakej perniagaan, iaitu menggunakan

- CityLink Express

- Pos Malaysia

 

S: Siapakah yang akan menanggung kos pengiriman kelengkapan perniagaan?

J: Untuk kos pengiriman ditanggung oleh rakan niaga sepenuhnya.

 

T: Berapa lama waktu yang diperlukan untuk proses pembuatan kiosk

J: Jika stok tersedia boleh terus dibawa pulang  , tapi jika stok tiada, proses pembuatan dan penyediaan peralatan memerlukan jangka waktu 1 - 2 minggu.

 

LOKASI PERNIAGAAN

 

S: Apa kriteria bagi pemilihan lokasi perniagaan?

J:

- Strategik, dilalui kendaraan awam atau tempat yang menjadi tumpuan ramai

- Persekitaran lokasi yang bersih dan rapi, tidak terlalu dekat dengan tempat pembuangan sampah

- Keadaan & situasi yang aman

 

S: Lokasi yang sesuai?

J: Kafe, warung, restoran, berhampiran sekolah, kampus, di dalam shopping mall/ /plaza/bazar, pasar borong, food court, pusat pelancongan

 

 

BEKALAN BAHAN MENTAH

 

S: Jenis-jenis bahan mentah yang dibekalkan oleh syarikat?

J: Tepung premix, seasoning powder, jem dan beberapa lagi untuk produk takoyaki, waffle, popcorn, crepes dll

 

S: Bagaimana proses dan ditetapkan pebelian bahan mentah dan cara pengiriman bahan mentah?

J: Pembelian bahan mentah dapat dilakukan melalui cawangan syarikat berhampiran. Penghantaran akan dilakukan samada melalui lori atau syarikat kurier turut disediakan dengan caj penghantaran

Bahan mentah yang boleh dibeli sendiri oleh rakan niaga di tempat lain

 

S: Kos pengiriman bahan mentah ditanggung oleh siapa?

J: Untuk perbelanjaan pengiriman bahan mentah ditanggung bersama oleh rakan niaga

 

 

S: Bilakah tarikh luput produk bahan?

J: Bahan mentah memiliki tempoh ketahanan yang berbeza – beza:

· Tepung (dalam packing) - 6 bulan

· Aduan yang telah dicampur air siap proses, tahan sehingga 12 jam

· Jem topping - 1 tahun

 

Nota: Kaedah penyimpanannya harus bersesuaian dengan SOP

 

S: Bagaimana kaedah penyimpanan bahan mentah?

J: Untuk penyimpanan bahan mentah yang kering harus disimpan dalam suhu ruangan yang sejuk 23˚ - 28˚ dan tidak terkena cahaya matahari secara terus. Manakala bahan mentah cecair atau siap dibancuh harus disimpan di dalam chiller.

 

PEKERJA

 

S: Apakah pekerja disediakan oeh pihak syarikat atau rakan niaga?

J: Pekerja perlu disediakan oleh Rakan niaga.

 

S: Bagaimana standard jadual waktu kerja?

J: Setiap shift kerja selama 8 jam atau mengikut kesesuaian waktu operasi perniagaan.