Pakej Sweet Corn (Eagle Steamer - Elektrik)
Product SKU SC-1510554612302
Availability In Stock
Quantity
Description

Perniagaan Sweet Corn merupakan salah satu Pakej Perniagaan yang ditawarkan oleh Usahawan.com. Selain bertujuan untuk memasyarakatkan jagung manis sebagai "Makanan Sihat" untuk  setiap golongan, baik tua mahupun muda, yang enak dinikmati di mana sahaja dan bila-bila masa, kami juga mengajak  anda menerokai peluang perniagaan untuk menjadi pengusaha Sweet Corn yang berpotensi besar untuk menambah pendapatan .

 

 

Apa yang bakal anda perolehi?

  • Mesin SWEET CORN STEAMER EAGLE (ELEKTRIK) x 1
  • Bunting promosi x 1
  • Latihan Pengendalian Mesin
  • Bantuan Teknikal
  • Baucer Diskaun
  • Member Price
  • FREE Gift

 

Kami bermatlamat menjadi penyedia peluang perniagaan makanan yang serba-boleh dan berkesan di negara ini. Rumusannya mudah, iaitu ingin membantu peniaga kecil & sederhana, pesara, graduan, bakal usahawan untuk memiliki dan mengendalikan perniagaan yang berjaya dan berkembang maju.

 

Jika anda ingin memulakan sesuatu perniagaan makanan, anda boleh memilih perkhidmatan yang kami tawarkan 

 

Antara sebab mengapa anda perlu menjadi Rakan Niaga kami:-

 

1. Tiada yuran francais, mahupun bayaran royalti. Keuntungan bakal menjadi milik anda 100%

2. Pelbagai variasi produk makanan

3. Penambahan menu-menu baru makanan dari masa ke semasa

4. Modal perniagaan yang kecil, anda mampu untuk tidak berhutang untuk memulakan perniagaan sendiri

 

Kaedah Untuk Menjadi Rakan Niaga

 

Langkah 1. Mengenalpasti jenis perniagaan yang hendak dijalankan

Langkah 2. Membuat pembelian

Langkah 3. Perolehi kelengkapan dan bersedia untuk memulakan perniagaan

 

Nota:. Bagi rakan niaga yang tinggal di luar kawasan, perkhidmatan penghantaran turut disediakan. Anda juga akan dibekalkan dengan manual penggunaan peralatan serta manual panduan (untuk pakej terpilih).

 

Konsep Bisnes

 

Konsep 1: Kiosk Mudah-Alih

Konsep 2: Tambahan menu perniagaan sedia ada

 

 

Soal-Jawab

JUALAN

 

S Apakah rakan niaga dibolehkan menjual produk lain selain menu dari yang dicadangkan? 

J : Boleh tanpa sebarang masalah

 

T: Apakah diperbolehkan menjual produk dengan harga yang berbeza dari dicadangkan?

J: Boleh tanpa sebarang masalah

 

PROSES PENGIRIMAN PRODUK & KELENGKAPAN PERNIAGAAN

 

S: Bagaimana proses pengiriman kelengkapan perniagaan kepada calon rakan niaga?

J: Kami memiliki beberapa alternatif pengiriman pakej perniagaan, iaitu menggunakan

- CityLink Express

- Pos Malaysia

 

S: Siapakah yang akan menanggung kos pengiriman kelengkapan perniagaan?

J: Untuk kos pengiriman ditanggung oleh rakan niaga sepenuhnya.

 

T: Berapa lama waktu yang diperlukan untuk proses pembuatan kiosk

J: Jika stok tersedia boleh terus dibawa pulang  , tapi jika stok tiada, proses pembuatan dan penyediaan peralatan memerlukan jangka waktu 1 - 2 minggu.

 

LOKASI PERNIAGAAN

 

S: Apa kriteria bagi pemilihan lokasi perniagaan?

J:

- Strategik, dilalui kendaraan awam atau tempat yang menjadi tumpuan ramai

- Persekitaran lokasi yang bersih dan rapi, tidak terlalu dekat dengan tempat pembuangan sampah

- Keadaan & situasi yang aman

 

S: Lokasi yang sesuai?

J: Kafe, warung, restoran, berhampiran sekolah, kampus, di dalam shopping mall/ /plaza/bazar, pasar borong, food court, pusat pelancongan

 

 

BEKALAN BAHAN MENTAH

 

S: Jenis-jenis bahan mentah yang dibekalkan oleh syarikat?

J: Tepung premix, seasoning powder, jem dan beberapa lagi untuk produk takoyaki, waffle, popcorn, crepes dll

 

S: Bagaimana proses dan ditetapkan pebelian bahan mentah dan cara pengiriman bahan mentah?

J: Pembelian bahan mentah dapat dilakukan melalui cawangan syarikat berhampiran. Penghantaran akan dilakukan samada melalui lori atau syarikat kurier turut disediakan dengan caj penghantaran

Bahan mentah yang boleh dibeli sendiri oleh rakan niaga di tempat lain

 

S: Kos pengiriman bahan mentah ditanggung oleh siapa?

J: Untuk perbelanjaan pengiriman bahan mentah ditanggung bersama oleh rakan niaga

 

 

S: Bilakah tarikh luput produk bahan?

J: Bahan mentah memiliki tempoh ketahanan yang berbeza – beza:

· Tepung (dalam packing) - 6 bulan

· Aduan yang telah dicampur air siap proses, tahan sehingga 12 jam

· Jem topping - 1 tahun

 

Nota: Kaedah penyimpanannya harus bersesuaian dengan SOP

 

S: Bagaimana kaedah penyimpanan bahan mentah?

J: Untuk penyimpanan bahan mentah yang kering harus disimpan dalam suhu ruangan yang sejuk 23˚ - 28˚ dan tidak terkena cahaya matahari secara terus. Manakala bahan mentah cecair atau siap dibancuh harus disimpan di dalam chiller.

 

PEKERJA

 

S: Apakah pekerja disediakan oeh pihak syarikat atau rakan niaga?

J: Pekerja perlu disediakan oleh Rakan niaga.

 

S: Bagaimana standard jadual waktu kerja?

J: Setiap shift kerja selama 8 jam atau mengikut kesesuaian waktu operasi perniagaan.

 


Related ProductsMore